Isnin, 3 Februari 2014

Nama...

Pasir pantai bak mutiara
tika disimbah sinar suria
dicoret satu nama padanya

Bimbang... resah... gelisah
tatkala suria lenyap
sebalik mega hitam

Telapak tangan yang kecil
cuba melindungi
agar nama tak cacat
dek tumpahan gerimis

Sekelip mata...
datang ombak besar
lenyap nama
bersama pencatatnya
tinggalkan kenangan
dalam ingatan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan